Make your own free website on Tripod.com

    

Pengenalan

      Sekolah Menengah Kebangsaan Mambau yang terletak di antara bandar destinasi pelancongan Port Diskson dengan bandar Seremban telah siap dibina dan digunakan sebagai pusat menimba ilmu pada Disember 1989.  Dengan tertubuhnya sekolah ini,penduduk Mambau sekali lagi merasi bersyukur kerana anak-anak mereka tidak perlu lagi menapak ke bandar Seremban, ke Lukut atau ke Tanah Merah Site C untuk menyambung ilmu setelah mereka menamatkan pelajaran tahun enam di sekolah rendah.  Sekolah ini dibina di atas tapak seluas 20 ekar yang bernilai RM 2.1 juta.
      Di atas tapak seluas yang dinyatakan, lima blok bangunan dapat dibina dengan dinamai sebagai Blok A, Blok B, Blok C , Blok D dan Blok E.  Blok A dan Blok B merupakan bangunan tiga tingkat manakala blok C ,D dan Blok E merupakan bangunan dua tingkat.  Selain itu , terdapat kantin, padang dan kawasan bercucuk tanam untuk pelajar-pelajar yang mengikuti pelajaran Sains Pertanian.  Sama seperti sekolah-sekolah bantuan kerajaan lain,  sekolah ini dilengkapi dengan prasarana dan bilik-bilik makmal sains, bilik untuk pelajaran ERT, Kemahiran Manipulatif Tambahan, bilik komputer, bilik pusat sumber, bilik gerakan, bilik seni , perpustakaan, pejabat, bilik guru, bilik ketua-ketua bidang, stor alat-alat sukan, serta bilik kawalan elektrik.
 

Perkembangan Sekolah

     Pada peringkat awal penubuhannya, bilangan pelajar yang belajar di sekolah ini hanya seramai 163 orang.  Mereka ditempatkan di tiga buah kelas peralihan dan dua buah kelas tingkatan satu.  Guru-guru seramai dua belas orang manakala staf sokongan seramai lapan orang.
     Bilangan pelajar-pelajar SMK Mambau meningkat setiap tahun menyebabkan pentadbir sekolah terpaksa membuka dua sesi; pagi dan petang mulai 1997.  Berdasarkan bilangan pelajar, sekolah ini telah dinaikkan taraf menjadi sekolah gred A pada tahun 1998.  Bilangan pelajar pada tahun 1999 ialah seramai 1608 orang.  Terdapat lima kelas tingkatan 5, sepuluh kelas tingkatan 4, tujuh kelas tingkatan 3, sembilan kelas tingkatan 2 dan tiga kelas peralihan.  Pembahagian pelajar mengikut kaum berdasarkan peratusan adalah seperti berikut:
 
Melayu Cina India Lain-lain
30.7 % 35.7 % 33.5 % 0.12 %
 

Pentadbiran

     Dalam tempoh sepuluh tahun penubuhan sekolah ini, empat pengetua sekolah telah menjadi peneraju iaitu:

    1.   Puan Peter Lee nee Chin Soon Peng  ( 1989 - 1993)
    2.   Encik Chai Poh Keong                        ( 1993 -  1995)
    3.   Encik Hilary Santa Maria                   ( 1995 -  1998)
    4.   Encik Lim Chek Heng                         ( 1998 - sekarang)

    Bilangan guru turut meningkat kepada 75 orang pada tahun 1999 iaitu:
 
DG2 DG3 DG5 DG6
3 orang 43 orang 2 orang 27 orang